Pelajari Cara Membuat Cupcake anda di sini!

Jom Bisnes!

Wednesday, December 25, 2013

Resepi Royal Ising


Bagi menghasilkan Royal Ising ini, amat senang sekali dan proses pembuatannya tidak rumit dan cerewet. Royal ising sememangnya banyak digunakan untuk menghias kek, cupcake, cookie dan sebagainya. Ikuti panduan ringkas ini untuk anda hasilkan Royal Ising anda sendiri.


Bahan-bahan untuk menghasilkan royal ising ialah;

2 biji putih telur
500 g gula ising - diayak
2 sudu makan jus lemon


Cara-cara menyediakannya;

1. Pukul telur putih dalam bekas (bowl) sehingga kembang dan berwarna putih.

2. Kemudian masukkan sebahagian gula ising dan jus lemon ke dalam adunan tadi - pukul dengan mixer selama 4 minit sehingga nampak smooth.


3. Akhir sekali masukkan sebahagian lagi gula ising ke dalam bekas adunan tadi dan pukul lagi sehingga adunan tersebut kembang dan gebu (putih kehalusan)


Simpan royal ising anda dalam bekas yang bertutup dan letak dalam peti ais


Ok.. nampaknya setakat ini dulu, pelajaran kita hari ini. 


tip; untuk hasilkan royal ising yang lembut dan gebu - jangan pukul terlalu kuat, dan tambah 1 sudu kecil Glycerine ke dalam adunan.




Resepi Mini Cupcakes - Royal Icing Topping


Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan 24 biji Cupcake Mini. 

Bahan-bahan untuk Cupcakes

100 g gula caster
100 g butter - dibiarkan dalam suhu bilik
lemon zest dan 1/2 jus lemon
2 biji telur saiz sederhana - dipukul
100 g tepung naik sendiri
2 sudu besar susu

Cara-cara menyediakannya

1. Panaskan oven pada suhu 190 darjah. Sementara tunggu oven panas sediakan cawan mini cupcakes dalam tray

2. Masukkan gula, butter dan lemon zest ( parutan lemon ) dalam bekas mixer - pukul sehingga gebu.

3. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan tepung naik sendiri.

4.  Akhir sekali masukkan jus lemon dan kacau sehingga sebati- sekarang masukkan adunan cupcake anda ke dalam cawan yang telah disediakan

5. Bakar selama 12 minit..kemudian sejukkan terlebih dahulu sebelum hias dengan royal ising 



Tuesday, December 24, 2013

Chocolate Fudge Icing

Jom pelajari bagaimana cara untuk menghasilkan Chocolate fudge Icing - toping untuk cupcakes anda. Ikuti panduan dan langkah demi langkah untuk menghasilkan Chocolate Fudge Icing yang cantik ini. Bagi yang sukakan coklat ianya amat sesuai untuk dihiaskan atas cupcakes anda.

Bahan-bahan untuk menghasilkan Coklat Ising ( untuk 12-13 cupcakes)


125 g dark chocolate - dipatah-patahkan kepada beberapa kepingan

50 g unsalted butter
1 biji telor - saiz sederhana
175 g gula ising - diayak
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara menyediakannya


1. Letakkan coklat dan butter ke dalam bekas di atas air panas dan kacau hingga ianya cair.



2. Setelah coklat cair alihkan, kemudian masukkan telur, gula ising dan vanilla - pukul dengan mixer sehingga sebati dan nampak berkilat.

3. Selepas itu biarkan ia sejuk - baru disapu pada cupcakes anda.

Selamat mencuba! 

Monday, December 23, 2013

Cara Mudah Buat Buttercream Frosting


Berikut adalah resepi mudah untuk menyediakan Buttercream Frosting untuk cupcakes anda. Ikuti panduan berikut dengan teliti untuk mendapatkan hasil buttercream yang enak dan gebu.

Bahan-bahan untuk Buttercream cupcakes ( 12 biji cupcakes)


150 g unsalted butter - boleh didapati di pasar raya ( dibiarkan lembut dalam suhu bilik )

225 g gula ising - diayak
2 sudu besar susu atau air 
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna 

Cara Menyediakannya


1. Pukul butter sehingga ianya kembang dan gebu ( warna bertukar dari kuning ke putih)


2. Masukkan Gula Ising yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit - pukul sehingga sebati, kemudian susu atau air.


3. Bagi menghasilkan warna yang disukai - masukkan pewarna


Simpan dan sejukkan dalam peti air ( letakkan dalam bekas yang tertutup)- Simpan selama dua hari.

Orange Drizzle Cupcakes


Jom kita cuba resepi terbaru dan lazat yang saya perolehi dari resepi Ann Nicol iaitu Orange Drizzle Cupcakkes. Resepi ini amat mudah dan senang untuk disediakan. 

Bahan-bahan untuk 12 Biji cupcakes;

75g Dark Coklat - dipotong kecil
125 g butter
125 g gula caster
2 biji telor
200 g tepung naik sendiri
1/2 lemon zest - parutan lemon / orange
5 sudu kecil  yogurt


Cara-cara menyediakannya

1. Panaskan oven ke suhu 190 darjah celcius. Sementara tunggu oven panas, sediakan  cawan cupcakes dan susun dalam tray.

2. Cairkan Coklat dengan meletakkan atas air panas atau panaskan dalam microwave selama 30 saat dan biarkannya sejuk.

3. Masukkan butter dan gula ke dalam bekas mixer dan pukul sehingga gebu. Kemudian masukkan telur dengan diselang-selikan dengan tepung naik sendiri

4. Pukul coklat tadi dengan kelajuan sederhana, masukkan adunan yang terdahulu - pukul sehingga sebati.

5. Akhir sekali masukkan orange zest dan yogurt - pukul sehingga sebati.



Masukkan ke dalam bekas cupcake dan sedia untuk dibakar. ( bakar lebih kurang 25 minit)


Untuk hiasan / topping

Masukkan buttercream ke dalam bekas (Piping bag) dengan menggunakan star nozzle dan mula menghias cupcakes anda sebagaimana contoh di bawah;


Selamat mencuba !









Tuesday, December 10, 2013

Resepi Cupcake Snicker


Bahan-bahan untuk Cupcakes (bahan kering)

  • 1 3/4 cawan tepung  serbaguna
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3/4 cawan serbuk koko
(bahan basah)
  • 1/2 cawan minyak sayuran
  • 1 cawan buttermilk ( sekiranya tiada, masukkan 1 sudu kecil cuka ke dalam 1 cawan susu - tunggu lebih kurang 5 minit sebelum guna)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan air masak (panas)
Cara Menyediakannya;

1. Panaskan oven pada suhu 350 darjah C. Sediakan bekas cupcakes
2. Masukkan tepung serbaguna, gula, serbuk koko dan baking powder- gaul sehingga sebati
3. Kemudian masukan bahan basah ke dalam bekas tadi - pukul dengan mixer (kelajuan yang sederhana)
4.Masukkan air masak dan gaulkan sehingga sebati.
5. Setelah selesai masukkan adunan ke dalam bekas cupcake tadi - bakar selama 20 minit.


Untuk Frosting

Masukkan butter, susu dan gula pasir..blend sehingga sebati, kemudian tambah sedikit vanilla.

Untuk Hiasan
* Potong Snickers - hias atas cupcake anda.



Wednesday, November 27, 2013

Resepi Cupcake Lemon dengan Cream Cheese Frosting


Apa kata hari ini kita cuba Resepi Cupcake Lemon with Cream Cheese Frosting, sememangnya enak dan lazat dengan rasa lemon yang segar dan ditambah pula dengan Vanilla Frosting. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat 12 biji Lemon Cupcake dan masa yang diperlukan ialah 45 minit. 

Bahan-bahan untuk cupcake;

1/2 cawan butter
1 cawan gula pasir
2 biji telur
2 sudu kecil vanilla
1 1/2 cawan tepung serbaguna
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan susu segar
2 biji lemon ( jus )

Bahan untuk Cream Cheese Frosting

1 cawan butter
3-4 cawan gula ising
1/4 cawan cream cheese 
2 sudu kecil perasa vanilla
1/4 sudu kecil garam
tambah jus lemon, sekira mahu

Cara-cara menyediakannya;

1. Panas oven ke suhu 350 darjah. Sediakan bekas cupcakes
2. Pukul butter dan gula dalam bekas sehingga gebu. kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul dalam kelajuan sederhana...lebih kurang 2 minit. Ketepikan
3. Dalam bekas lain, masukkan tepung serbaguna, baking powder dan garam..gaul sehingga sebati, kemudian masukkan ke dalam adunan yang pertama..kacau sehingga sebati. 
4. Masukkan susu, jus lemon..pukul sehingga sebati. Setelah selesai, bolehlah masukkan ke dalam bekas cupcake yang telah disediakan.

Tuesday, November 12, 2013

Resepi Chocolate Malt Cupcakes



Bagi yang ingin mencuba Resepi Cupcake Chocolate Malt, bolehlah try resepi ini !. Resepi cupcake ini agak senang dan mudah. Selamat mencuba!.

Bahan-bahan Untuk Cupcakes :


200gram tepung naik sendiri
200g gula caster
200g Butter/mentega
1 sudu makan Ovaltine 
4 biji telur
1 sudu kecil vanilla 
3 sudu makan susu segar (low fat milk)
      
Bahan untuk Buttercream

800g gula ising                                                           
400g unsalted butter
3 sudu makan susu rendah lemak
30g serbuk koko
1 sudu makan horlicks 
*.Chocolate Bola Milo- untuk hiasan

Cara menyediakannya;

Panaskan oven ke suhu 350 darjah. Sementara tunggu tu, pukul mentega dan gula sehingga gebu. Masukkan telur satu persatu sehingga sebati. Dalam bekas lain masukkan tepung gandum @ serbaguna (diayak), kemudian masukkan susu , vanilla, ovaltine dan pukul sehingga sebati. 

Satukan kedua-dua adunan tersebut dan gaul sehingga sebati. Setelah selesai masukkan adunan tersebut ke dalam cawan cupcake ( lebih kurang 1/3 cawan ) . Bakar dalam ketuhar selama 20-25 minit. Apabila cupcake sudah masak, sejukkan sebelum letak buttercream (gunakan bekas piping). Hiaskan dengan bebola coklat milo, atau hias mengikut kreativiti anda.

Saturday, November 9, 2013

Famous Hokkaido Chiffon Cupcake


Mmmm, Sememangnya cupcake Hokkaido Chiffon antara cupcake yang paling popular dan paling mendapat sambutan, kerana rasanya yang lazat dan teksturnya yang lembut. Pernahkah anda mencuba cupcake ini?..Sekiranya belum, inilah peluang untuk mempelajari bagaimana untuk menghasilkan cupcake ini.

Bahan-bahan A;
3 kuning telur gred A
20 gram gula kastor
35 gram minyak jagung
60ml susu segar
70 gram tepung kek serbaguna

Bahan-bahan B
3 putih telur gred A
25 gram gula kastor
sedikit garam

Bahan-bahan C
65 gram whipping cream
15 gram gula kastor
45 gram puree strawberi

Cara Menyediakannya
  1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 170C, kemudian sediakan bekas untuk cupcake. Dalam bekas lain adunkan kuning telur dan gula kastor, putar sehingga sebati dan pucat dengan menggunakan mixer. Masukkan susu segar, minyak jagung, kacau. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan dan gaul sehingga rata.
  2. Dalam bekas lain Putar putih telur hingga gebu, guna kelajuan sederhana, masukkan gula kastor (25 gram) dan secubit garam. Putar hingga kental (soft peak), jangan sampai terlampau kental. Gaul 1/3 putih telur dalam bancuhan kuning telur, gaul dengan kaedah kaup balik, masukkan baki putih telur dan gaul rata.
  3. Tuang adunan sebanyak 1/3 cawan cupcake. Bakar selama 25-30 minit. Kemudian sejukkannya sebentar baru letak whipping cream. Hias cupcake anda dengan buah strawberi atau apa-apa buah yang sesuai.
*UNTUK WHIPPING CREAM :- Putar whipping cream dengan gula kastor hingga kental. Masukkan puree strawberi dan gaul sehingga rata.

Saturday, November 2, 2013

Resepi Mudah Cupcake Oreo


Biskut Oreo sememangnya digemari oleh kanak-kanak mahupun dewasa, kerana rasanya yang enak dan lazat. Apa kata Kita cuba buat Cupcake Oreo pula, pasti ramai yang sukakannya. Ikuti panduan berikut untuk hasilkan cupcake oreo.

BAHAN-BAHANNYA

125 gram mentega
1/2 cawan gula perang atau brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder ( digaul rata dan diayak)
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
5 keping biskut oreo - kisar bersama krimnya sekali
Beberapa keping biskut oreo untuk hiasan


BAHAN UNTUK BUTTERCREAM

125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising diayak
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu pekat manis


CARA MEMBUATNYA
  1. Mula-mula panaskan oven pada suhu 175C. Dalam mangkuk mixer, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sehingga sebati. 
  2. Kemudian Isikan bahan aduan tadi dalam cup yang disediankan (1/2 cawan jika anda ingin sapu buttercream atau 3/4 cawan sekiranya anda inginkan yang gebu. Setelah selesai, bakar selama 10 - 15 minit. Sejukkan sebentar sebelum hias dengan buttercream dan biskut oreo. Anda juga boleh gantikan dengan strawberry jika mahu.
  3. UNTUK BUTTERCREAM. Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. kemudian isi aduan dalam piping bag...hias sebagaimana yang diinginkan. Letakkan biskut oreo sebagai hiasan.

Monday, September 16, 2013

Resepi Cupcakes Red Velvet Mudah


Bagi anda yang tercari-cari resepi Red Velvet Cupcake, inilah dia resepinya yang begitu mudah untuk dibuat. Bahan-bahan untuk resepi ini juga mudah didapati. 

Bahan-bahan - untuk 12 biji cupcake

Bahan A
2 1/2 cawan tepung serbaguna
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil sodabikarbonat
1/2 cawan serbuk koko

Bahan B
2 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan buttermilk- sekiranya tiada anda boleh buatnya sendiri} rujuk dalam panduan dibawah.
1 sudu kecil perisa vanilla
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu besar pewarna merah

Bahan untuk Buttermilk
Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.

Bahan untuk topping
1/2 cawan butter (unsalted butter)
1/2 cawan gula halus (ising)
1 sudu perahan lemon

Cara menyediakannya

1. Panaskan oven 180 0C
2. Ayak bahan A
3. Pukul bahan B dengan menggunakan mixer..pukul sehingga kembang.
4. Masukkan bahan A ke dalam bahan B, sedikit demi sedikit-gunakan low speed.
5. Setelah selesai, bolehlah masukkan ke dalam bekas cupcake dan bakar selama 18-20 minit
6. untuk topping- pukul bahan sehingga sebati>kemudian letakkan topping setelah cupcake sudah sejuk.

Wednesday, September 11, 2013

Usahawan Cupcake @ Bisnes Cupcake

Pelajari Kaedah membuat cupcake dari rumah! anda berpeluang menjana pendapat yang lumayan hanya dengan mengisi masa lapang dengan membuat cupcake. 

Tahukah anda ? Bisnes Cupcake tidak memerlukan modal yang besar dan anda juga tidak memerlukan kedai untuk disewa, malah anda boleh menjalankannya hanya di Rumah. SENANGKAN!. 

Saksikan video usahawan cupcake di bawah, lihat bagaimana usahawan Azlin menjalankan perniagaan cupcake hanya dari rumah. Beliau juga banyak mempelajari cara membuat cupcake dengan melayari internet.


Kini anda tidak lagi perlu bersusah-payah lagi kerana sudah ada cd yang membolehkan anda mempelajari bisnes ini dengan lebih berkesan, mudah dan lengkap. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada ikon di bawah.

Tuesday, September 10, 2013

Resepi Cupcake Coklat Cip


Cupcake coklat sememangnya digemari oleh kanak-kanak kerana rasa coklat dan chipnya yang lazat, cara penyediaannya agak senang dan mudah. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan cupcake yang hebat ini. 

Bahan-bahan

250g tepung serbaguna
1/2 cawan mentega
2tsp soda bikarbonat
2 tbsp serbuk koko
175g gula kastor
150g coklat cip 
250ml susu segar
90ml minyak sayur (minyak jagung)
3  biji telur
1tsp perisa vanilla/ekstrak vanilla

Cara menyediakannya

1. Ayak tepung serbaguna, baking powder, soda bikarbonat, gula dan serbuk koko dalam mangkuk kemudian gaul sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain pukul mentega, minyak sayur (jagung), dan gula. Kemudian diselang-seli dengan telur.
3. Kemudian masukkan adunan yang pertama ke dalam aduan yang kedua- gaul sehingga sebati. Jangan lupa masukkan susu diselang seli dengan tepung yang diayak tadi, juga sedikit perisa vanilla.
4. Masukkan coklat cip dan gaul rata.
5.Tuang adunan dalam papercup dan tabur sedikit coklat cip di atas.
6.Bakar pada suhu 180'C untuk 20 minit.

Semoga Berjaya !

Friday, September 6, 2013

Resepi Durian Cupcake


Durian Cupcake antara cupcake yang senang dan mudah dibuat, bahan untuk menghasilkan cupcake ini mudah didapati, tambahan pula sekarang musim durian. Ikuti cara-cara menyediakan cupcake durian dengan teliti untuk hasil yang memuaskan.

Bahan-bahan

250g isi durian
150g gula castor
240g butter (mentega)
240g tepung gandum serbaguna - diayak
80-100 ml fresh milk -bergantung kepada ketebalan isi durian
1/2 sudu teh baking powder - diayak
1/2 sudu teh Soda bikarbonat - diayak
2 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

3 langkah menyediakan cupcake durian

1. Masukkan bahan ayak ke dalam mangkuk. Masukkan garam dan gula dan gaul rata.

2. Campurkan butter ke dalam adunan dan putar/pukul dengan mixer hingga adunan menjadi rata. Dalam bekas lain Isi durian di campurkan dgn susu dan dikacau menjadi halus. Tuangkan campuran durian ke dlm mixer dan diputar lagi. 


Setelah selesai masukkan puree durian ke dalam adunan yang pertama, masukkan juga telur dan  kemudian blend hingga sebati. Masukkan pewarna kuning dan gaul dgn spatula.


3. Sudukan ke dalam paper cup yang telah diletakkan ke dalam acuan cupcake 3/4 penuh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 20 minit.



Selamat mencuba !


Wednesday, August 28, 2013

Resepi Cupcake Strawberi


Bagi yang sukakan cupcake strawberi, anda boleh cuba resepi cupcake strawberi yang enak ini. Ikuti panduan dibawah dengan cermat.

Bahan-bahan

1. 2/3 cawan strawberry segar (6 biji) -potong kecil-kecil
2. 1 1/2 cawan tepung serba guna (360 gm )
3. 1 sudu kecil baking powder
4. 1/4 sudu kecil garam
5. 1/4 cawan susu segar ( 290ml) boleh guna susu dutch lady
6. 1 sudu kecil vanilla
7. 1 1/2 cawan butter (240 gm)
8. 1 cawan gula (160 gm)
9. 4 biji telur
10. 1 sudu kecil pes strawberry & pewarna pink

Cara-cara menyediakannya

1.Panaskan ketuhar pada suhu 140°C
2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik (baking powder)
3.kemudian Pukul Butter dan gula hingga gebu.
4.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.Pukul telur dalam kelajuan minima.
5.Seterusnya masukkan tepung dan susu segar secara selang seli.  Gaul hingga adunan sebati. 
6.Masukkan buah strawberry yang telah dipotong, pes strawberry dan pewarna sekaligus dan gaul hingga rata.Masukkan potongan strawberry, pes dan pewarna..

7. Setelah selesai masukkan ke dalam acuan kertas cupcake, jangan masukkan melebihi ¾ acuan.
8.Bakar dengan kepanasan 140°C, 10-15 minit. 


*Hiasan mengikut kreativiti anda sendiri

Semoga berjaya!

Wednesday, August 14, 2013

Muffin Vanilla ala-ala Kenny Roger


Bahan-bahan 

1. 125g mentega dicairkan
2.  80g gula caster
3. 2 biji telor
4. 1/2 teaspoon garam
5. 200g tepung serba guna
6. 1/2 teaspoon baking powder

7. 1/2 cawan susu segar
8. 1/4 sudu madu..(jika mahu)

Cara-cara


1. Campur dan gaulkan mentega, gula dan garam dalam mixing bowl hingga jadi sebati dan gebu.
2. kemudian masukkan madu dan telor, adun sehingga sebati.
3. Lepas itu masukkan gandum, baking powder dan blend..
4. masukkan susu ketika blend bahan tadi.
5. Boleh juga masukkan jagung..gaul sehingga sebati
6. isikan adunan tadi kedalam bekas cupcake yang telah disapu mentega.
7. Bakar dalam suhu 180c selama 25min.


Selamat mencuba..!

Wednesday, August 7, 2013

Resepi Cup Cake Raya 2013




Raya telah tiba, sudahkah anda bersedia dengan kek dan biskut raya..Kali ini saya akan berkongsi Resepi ringkas bagaimana untuk menghasilkan cupcake raya yang hebat ini.

Bahan-bahan;
1 cawan butter
2 cawan tepung penaik
1 cawan gula
5 biji telur
1 sudu vanilla

Cara-cara membuat cupcake;
Asingkan telur putih dari telur kuning, pukul telur hingga naik gebu..kemudian ketepikan.
Pukul butter bersama gula sehingga kembang..bila dah kembang masukkan telur kuning..pukul lagi sehingga gebu.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul perlahan-lahan sehingga sebati.
Masukkan telur putih yang telah diasingkan tadi..gaul sehingga sebati..
Akhir sekali, masukkan dalam papercup dan bakar selama 20 minit dalam suhu 180 darjah .