Pelajari Cara Membuat Cupcake anda di sini!

Wednesday, November 27, 2013

Resepi Cupcake Lemon dengan Cream Cheese Frosting


Apa kata hari ini kita cuba Resepi Cupcake Lemon with Cream Cheese Frosting, sememangnya enak dan lazat dengan rasa lemon yang segar dan ditambah pula dengan Vanilla Frosting. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat 12 biji Lemon Cupcake dan masa yang diperlukan ialah 45 minit. 

Bahan-bahan untuk cupcake;

1/2 cawan butter
1 cawan gula pasir
2 biji telur
2 sudu kecil vanilla
1 1/2 cawan tepung serbaguna
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan susu segar
2 biji lemon ( jus )

Bahan untuk Cream Cheese Frosting

1 cawan butter
3-4 cawan gula ising
1/4 cawan cream cheese 
2 sudu kecil perasa vanilla
1/4 sudu kecil garam
tambah jus lemon, sekira mahu

Cara-cara menyediakannya;

1. Panas oven ke suhu 350 darjah. Sediakan bekas cupcakes
2. Pukul butter dan gula dalam bekas sehingga gebu. kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul dalam kelajuan sederhana...lebih kurang 2 minit. Ketepikan
3. Dalam bekas lain, masukkan tepung serbaguna, baking powder dan garam..gaul sehingga sebati, kemudian masukkan ke dalam adunan yang pertama..kacau sehingga sebati. 
4. Masukkan susu, jus lemon..pukul sehingga sebati. Setelah selesai, bolehlah masukkan ke dalam bekas cupcake yang telah disediakan.

Tuesday, November 12, 2013

Resepi Chocolate Malt Cupcakes



Bagi yang ingin mencuba Resepi Cupcake Chocolate Malt, bolehlah try resepi ini !. Resepi cupcake ini agak senang dan mudah. Selamat mencuba!.

Bahan-bahan Untuk Cupcakes :


200gram tepung naik sendiri
200g gula caster
200g Butter/mentega
1 sudu makan Ovaltine 
4 biji telur
1 sudu kecil vanilla 
3 sudu makan susu segar (low fat milk)
      
Bahan untuk Buttercream

800g gula ising                                                           
400g unsalted butter
3 sudu makan susu rendah lemak
30g serbuk koko
1 sudu makan horlicks 
*.Chocolate Bola Milo- untuk hiasan

Cara menyediakannya;

Panaskan oven ke suhu 350 darjah. Sementara tunggu tu, pukul mentega dan gula sehingga gebu. Masukkan telur satu persatu sehingga sebati. Dalam bekas lain masukkan tepung gandum @ serbaguna (diayak), kemudian masukkan susu , vanilla, ovaltine dan pukul sehingga sebati. 

Satukan kedua-dua adunan tersebut dan gaul sehingga sebati. Setelah selesai masukkan adunan tersebut ke dalam cawan cupcake ( lebih kurang 1/3 cawan ) . Bakar dalam ketuhar selama 20-25 minit. Apabila cupcake sudah masak, sejukkan sebelum letak buttercream (gunakan bekas piping). Hiaskan dengan bebola coklat milo, atau hias mengikut kreativiti anda.

Saturday, November 9, 2013

Famous Hokkaido Chiffon Cupcake


Mmmm, Sememangnya cupcake Hokkaido Chiffon antara cupcake yang paling popular dan paling mendapat sambutan, kerana rasanya yang lazat dan teksturnya yang lembut. Pernahkah anda mencuba cupcake ini?..Sekiranya belum, inilah peluang untuk mempelajari bagaimana untuk menghasilkan cupcake ini.

Bahan-bahan A;
3 kuning telur gred A
20 gram gula kastor
35 gram minyak jagung
60ml susu segar
70 gram tepung kek serbaguna

Bahan-bahan B
3 putih telur gred A
25 gram gula kastor
sedikit garam

Bahan-bahan C
65 gram whipping cream
15 gram gula kastor
45 gram puree strawberi

Cara Menyediakannya
  1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 170C, kemudian sediakan bekas untuk cupcake. Dalam bekas lain adunkan kuning telur dan gula kastor, putar sehingga sebati dan pucat dengan menggunakan mixer. Masukkan susu segar, minyak jagung, kacau. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan dan gaul sehingga rata.
  2. Dalam bekas lain Putar putih telur hingga gebu, guna kelajuan sederhana, masukkan gula kastor (25 gram) dan secubit garam. Putar hingga kental (soft peak), jangan sampai terlampau kental. Gaul 1/3 putih telur dalam bancuhan kuning telur, gaul dengan kaedah kaup balik, masukkan baki putih telur dan gaul rata.
  3. Tuang adunan sebanyak 1/3 cawan cupcake. Bakar selama 25-30 minit. Kemudian sejukkannya sebentar baru letak whipping cream. Hias cupcake anda dengan buah strawberi atau apa-apa buah yang sesuai.
*UNTUK WHIPPING CREAM :- Putar whipping cream dengan gula kastor hingga kental. Masukkan puree strawberi dan gaul sehingga rata.

Saturday, November 2, 2013

Resepi Mudah Cupcake Oreo


Biskut Oreo sememangnya digemari oleh kanak-kanak mahupun dewasa, kerana rasanya yang enak dan lazat. Apa kata Kita cuba buat Cupcake Oreo pula, pasti ramai yang sukakannya. Ikuti panduan berikut untuk hasilkan cupcake oreo.

BAHAN-BAHANNYA

125 gram mentega
1/2 cawan gula perang atau brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder ( digaul rata dan diayak)
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
5 keping biskut oreo - kisar bersama krimnya sekali
Beberapa keping biskut oreo untuk hiasan


BAHAN UNTUK BUTTERCREAM

125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising diayak
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu pekat manis


CARA MEMBUATNYA
  1. Mula-mula panaskan oven pada suhu 175C. Dalam mangkuk mixer, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sehingga sebati. 
  2. Kemudian Isikan bahan aduan tadi dalam cup yang disediankan (1/2 cawan jika anda ingin sapu buttercream atau 3/4 cawan sekiranya anda inginkan yang gebu. Setelah selesai, bakar selama 10 - 15 minit. Sejukkan sebentar sebelum hias dengan buttercream dan biskut oreo. Anda juga boleh gantikan dengan strawberry jika mahu.
  3. UNTUK BUTTERCREAM. Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. kemudian isi aduan dalam piping bag...hias sebagaimana yang diinginkan. Letakkan biskut oreo sebagai hiasan.