Pelajari Cara Membuat Cupcake anda di sini!

Jom Bisnes!

Wednesday, December 25, 2013

Resepi Royal Ising


Bagi menghasilkan Royal Ising ini, amat senang sekali dan proses pembuatannya tidak rumit dan cerewet. Royal ising sememangnya banyak digunakan untuk menghias kek, cupcake, cookie dan sebagainya. Ikuti panduan ringkas ini untuk anda hasilkan Royal Ising anda sendiri.


Bahan-bahan untuk menghasilkan royal ising ialah;

2 biji putih telur
500 g gula ising - diayak
2 sudu makan jus lemon


Cara-cara menyediakannya;

1. Pukul telur putih dalam bekas (bowl) sehingga kembang dan berwarna putih.

2. Kemudian masukkan sebahagian gula ising dan jus lemon ke dalam adunan tadi - pukul dengan mixer selama 4 minit sehingga nampak smooth.


3. Akhir sekali masukkan sebahagian lagi gula ising ke dalam bekas adunan tadi dan pukul lagi sehingga adunan tersebut kembang dan gebu (putih kehalusan)


Simpan royal ising anda dalam bekas yang bertutup dan letak dalam peti ais


Ok.. nampaknya setakat ini dulu, pelajaran kita hari ini. 


tip; untuk hasilkan royal ising yang lembut dan gebu - jangan pukul terlalu kuat, dan tambah 1 sudu kecil Glycerine ke dalam adunan.




Resepi Mini Cupcakes - Royal Icing Topping


Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan 24 biji Cupcake Mini. 

Bahan-bahan untuk Cupcakes

100 g gula caster
100 g butter - dibiarkan dalam suhu bilik
lemon zest dan 1/2 jus lemon
2 biji telur saiz sederhana - dipukul
100 g tepung naik sendiri
2 sudu besar susu

Cara-cara menyediakannya

1. Panaskan oven pada suhu 190 darjah. Sementara tunggu oven panas sediakan cawan mini cupcakes dalam tray

2. Masukkan gula, butter dan lemon zest ( parutan lemon ) dalam bekas mixer - pukul sehingga gebu.

3. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan tepung naik sendiri.

4.  Akhir sekali masukkan jus lemon dan kacau sehingga sebati- sekarang masukkan adunan cupcake anda ke dalam cawan yang telah disediakan

5. Bakar selama 12 minit..kemudian sejukkan terlebih dahulu sebelum hias dengan royal ising 



Tuesday, December 24, 2013

Chocolate Fudge Icing

Jom pelajari bagaimana cara untuk menghasilkan Chocolate fudge Icing - toping untuk cupcakes anda. Ikuti panduan dan langkah demi langkah untuk menghasilkan Chocolate Fudge Icing yang cantik ini. Bagi yang sukakan coklat ianya amat sesuai untuk dihiaskan atas cupcakes anda.

Bahan-bahan untuk menghasilkan Coklat Ising ( untuk 12-13 cupcakes)


125 g dark chocolate - dipatah-patahkan kepada beberapa kepingan

50 g unsalted butter
1 biji telor - saiz sederhana
175 g gula ising - diayak
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara menyediakannya


1. Letakkan coklat dan butter ke dalam bekas di atas air panas dan kacau hingga ianya cair.



2. Setelah coklat cair alihkan, kemudian masukkan telur, gula ising dan vanilla - pukul dengan mixer sehingga sebati dan nampak berkilat.

3. Selepas itu biarkan ia sejuk - baru disapu pada cupcakes anda.

Selamat mencuba! 

Monday, December 23, 2013

Cara Mudah Buat Buttercream Frosting


Berikut adalah resepi mudah untuk menyediakan Buttercream Frosting untuk cupcakes anda. Ikuti panduan berikut dengan teliti untuk mendapatkan hasil buttercream yang enak dan gebu.

Bahan-bahan untuk Buttercream cupcakes ( 12 biji cupcakes)


150 g unsalted butter - boleh didapati di pasar raya ( dibiarkan lembut dalam suhu bilik )

225 g gula ising - diayak
2 sudu besar susu atau air 
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna 

Cara Menyediakannya


1. Pukul butter sehingga ianya kembang dan gebu ( warna bertukar dari kuning ke putih)


2. Masukkan Gula Ising yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit - pukul sehingga sebati, kemudian susu atau air.


3. Bagi menghasilkan warna yang disukai - masukkan pewarna


Simpan dan sejukkan dalam peti air ( letakkan dalam bekas yang tertutup)- Simpan selama dua hari.

Orange Drizzle Cupcakes


Jom kita cuba resepi terbaru dan lazat yang saya perolehi dari resepi Ann Nicol iaitu Orange Drizzle Cupcakkes. Resepi ini amat mudah dan senang untuk disediakan. 

Bahan-bahan untuk 12 Biji cupcakes;

75g Dark Coklat - dipotong kecil
125 g butter
125 g gula caster
2 biji telor
200 g tepung naik sendiri
1/2 lemon zest - parutan lemon / orange
5 sudu kecil  yogurt


Cara-cara menyediakannya

1. Panaskan oven ke suhu 190 darjah celcius. Sementara tunggu oven panas, sediakan  cawan cupcakes dan susun dalam tray.

2. Cairkan Coklat dengan meletakkan atas air panas atau panaskan dalam microwave selama 30 saat dan biarkannya sejuk.

3. Masukkan butter dan gula ke dalam bekas mixer dan pukul sehingga gebu. Kemudian masukkan telur dengan diselang-selikan dengan tepung naik sendiri

4. Pukul coklat tadi dengan kelajuan sederhana, masukkan adunan yang terdahulu - pukul sehingga sebati.

5. Akhir sekali masukkan orange zest dan yogurt - pukul sehingga sebati.



Masukkan ke dalam bekas cupcake dan sedia untuk dibakar. ( bakar lebih kurang 25 minit)


Untuk hiasan / topping

Masukkan buttercream ke dalam bekas (Piping bag) dengan menggunakan star nozzle dan mula menghias cupcakes anda sebagaimana contoh di bawah;


Selamat mencuba !









Tuesday, December 10, 2013

Resepi Cupcake Snicker


Bahan-bahan untuk Cupcakes (bahan kering)

  • 1 3/4 cawan tepung  serbaguna
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3/4 cawan serbuk koko
(bahan basah)
  • 1/2 cawan minyak sayuran
  • 1 cawan buttermilk ( sekiranya tiada, masukkan 1 sudu kecil cuka ke dalam 1 cawan susu - tunggu lebih kurang 5 minit sebelum guna)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan air masak (panas)
Cara Menyediakannya;

1. Panaskan oven pada suhu 350 darjah C. Sediakan bekas cupcakes
2. Masukkan tepung serbaguna, gula, serbuk koko dan baking powder- gaul sehingga sebati
3. Kemudian masukan bahan basah ke dalam bekas tadi - pukul dengan mixer (kelajuan yang sederhana)
4.Masukkan air masak dan gaulkan sehingga sebati.
5. Setelah selesai masukkan adunan ke dalam bekas cupcake tadi - bakar selama 20 minit.


Untuk Frosting

Masukkan butter, susu dan gula pasir..blend sehingga sebati, kemudian tambah sedikit vanilla.

Untuk Hiasan
* Potong Snickers - hias atas cupcake anda.