Pelajari Cara Membuat Cupcake anda di sini!

Jom Bisnes!

Monday, December 15, 2014

Cara buat Vanila Cupcake yang lembut dan Sedap.


Bagi anda yang sukakan cupcake vanilla yang sedap, lembut dan gebu..terdapat beberapa ramuan yang perlu ada dan perlu dimasukkan bagi menjadikan cupcake menjadi lembut dan gebu. Ikuti panduan cupcake vanilla dibawah dengan teliti agar hasilnya yang terbaik.



Bahan -bahan untuk;

Cupcakes

1 2/3 cawan (240g) terpung serbaguna
1 cawan (200g) gula
1/4 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan butter (170g), suhu bilik
3 biji putih telur
3 sudu teh ekstrak vanila
1/2 cawan (120ml) sour cream
1/2 cawan (120ml) susu


Icing

1/2 cawan (115g) butter
1/2 cawan (95g) shortening / lemak sayur..(boleh dapatkan dipasar raya) - jenama nona pun ok gak.
4 cawan (480g) powdered sugar
2-3 sudu (30-45ml) air atau cream

1 sudu teh ekstrak

Cara menyediakan cupcake

1. Panaskan ketuhar kepada 350 darjah.

2. Gaul tepung, gula, baking soda dan serbuk penaik di dalam mangkuk adunan yang besar.

3. Masukkan mentega, putih telur, vanila, sour cream dan susu dan kacau pada kelajuan sederhana hanya sehingga sebati. 

4. Masukkan adunan cupcake 1/3 cawan. Jangan terlalu penuh, nanti melimpah keluar

5. Bakar selama 18-20 minit.

6. Biarkan sejuk seketika.

Cara menyediakan icing

1. Campurkan mentega dan shortening (lemak sayuran) dan kacau sehingga sebati.

2. Tambah 2 cawan gula tepung dan kacau sehingga sebati.

3. Tambah ekstrak vanila dan 1-2 sudu besar air atau krim dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan baki powdered sugar dan kacau sehingga sebati.

5. Tambah sedikit air atau krim sehingga jadi adunan yg diinginkan.

6. Setelah selesai topup cupcakes anda tadi dengan icing.

Twelve Cupcakes Sunway Pyramid Menarik dan Sedap!


Bagi anda yang berkunjung ke Sunway Pyramid, pastikan jangan terlepas peluang untuk menikmati cupcakes Twelve yang Cantik, sedap dan Lazat. Terdapat banyak pilihan cupcake untuk anda pilih. 







Bagi anda yang pertama kali menjejakkan kaki ke Sunway Pyramid, anda bolehlah ke alamat yang tertera di bawah. 

LG2.43A, Lower Ground Two
No.3, Jalan PJS 11/15
Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya

masa perniagaan bermula pada 10 am hingga 10 pm setiap hari.


Friday, November 7, 2014

Mini Chocolate Cupcake


Mini Chocolate cupcakes antara resepi popular yang terdapat di internet dan sangat mudah untuk disediakan..Dalam panduan todayscupcake kali ini, saya akan menerangkan cara yang amat mudah untuk menghasilkan mini chocolate cupcake untuk 48 biji bersaiz kecil dan comel.

Bahan untuk menyediakan mini Chocolate cupcakes

1 1/2 cawan tepung serba guna
1/2 cawan koko powder/Serbuk koko
1 cawan gula
1 sudu teh baking power
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan susu segar (rendah lemak)
1/2 cawan minyak sayur
1 sudu teh vanilla extract
 2 sudu teh cuka apple.

Cara menyediakannya.

1. Panaskan oven pada 350F. Susun cawan cupcake mini (48 biji).
2. Dalam bekas adunan / bowl , ayak bahan2 seperti gandum, koko, gula, baking powder, baking soda dan garam.
3. Dalam bekas lain, kacau susu, minyak sayur, esen vanilla dan cuka apple.
4. Kemudian masukkan ke dalam adunan pertama dan pukul sehingga sebati
5. Masukkan ke dalam bekas cupcake yang telah siap disusun tadi. Bakar selama 10-12 minit. Cucuk dengan lidi pada cupcake untuk menentukan masak atau tidak.

Sejukkan seketika sebelum diletakkan/dihiaskan dengan frosting.

Wednesday, October 22, 2014

Cupcake Rainbow yang Menarik


Cupcakes Rainbow antara cupcake yang popular dan digemari oleh kanak-kanak kerana warnanya yang menarik dan rasanya yang enak. Jom ikuti resepi cupcake rainbow dan cubanya sendiri.


Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan;


226 gram butter – dibiarkan dalam suhu bilik

375 gram tepung naik sendiri
456 gram gula kaster
2 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
2 biji telur – saiz sederhana
1 1/2 cawan susu segar
Pewarna – biru, kuning dan pink..(boleh guna apa-apa color yg anda mahu)

Peralatan yang digunakan;


Piping bag – dengan Star piping tip ( loyal #15 thermo tip)

3 bekas adunan (bowl)

Untuk hiasan;


Buttercream frostinng


Cara-cara menyediakannya


1.Panaskan oven terlebih dahulu (180 darjah ) – sementara itu sediakan bekas cupcake


2.Ayak adunan – tepung, baking powder, gula, garam 


3. Dalam bekas lain pukul butter, telur dan vanilla – pukul sehingga sebati. 


4. Masukkan adunan pertama tadi kedalam bekas adunan kedua, diselang selikan dengan susu segar.


5.Bahagikan kepada 3 bekas (warna setiap bekas dengan pewarna yg diingini..


6. Masukkan adunan yg telah siap selapis demi selapis..isi 3/4 cawan cupcake jangan terlampau penuh..


7. Bakar selama 10-15 minit ..nak tahu masak - cucuk dengan lidi kalau tak melekat >>masaklah tu.


Hias cupcake anda dengan buttercream frosting..

Selamat mencuba!!

Wednesday, October 1, 2014

Peralatan dan Perkakasan Asas Membuat Cupcake

Bagi anda yang ingin membuat cupcakes, semestinya anda mempunyai alatan dan perkakasan asas antaranya ialah;

1. Electric Mixer, terdapat banyak jenis mixer yang terdapat di pasaran. Mixer menjadikan tugasan mengisar dan mengadunkan bahan-bahan cupcakes menjadi mudah dan senang. Mixer yang besar diperlukan, sekiranya anda ingin membuat cupcake dalam kuantiti yang banyak. Namun sekiranya anda inginkan dalam jumlah yang sedikit, saya syorkan anda membeli hand mixer. 


Sekiranya anda ingin membelinya, saya cadangkan anda membeli Philips Hand Blender yang berharga dalam RM 150. 




Sekiranya anda inginkan Stand Mixer, saya cadangkan anda membeli Elba Stand Mixer yang berharga RM139.00 di Lazada Malaysia


2. Mixing Bowls; anda perlulah memiliki sekurang 2-3 mixing bowl yang pelbagai saiz untuk memudahkan anda pukul / adun adunan kek atau cupcake utk adunan yang banyak dan yang sedikit. Anda juga perlukan bowl yang bersaiz sederhana untuk membuat frostings dan colouring icings.

Sekarang terdapat pelbagai pilihan warna untuk mixing bowls. Apa saya tertarik ialah elecktronic mixing bowl ini.




New Generation electronic measuring mixing bowl ini, membantu anda menyukat sukatan dengan tepat untuk adunan kek dan cupcakes dengan paparan lcd dan ia boleh ditanggalkan dan senang dicuci. Harganya cuma RM 45 Sahaja! menarik bukan.



3. Wooden Spoon ( sudu kayu) ; Anda boleh juga pilih measuring spoon yang lebih tepat untuk menyukat dlm kuantiti yang kecil seperti susu, madu, garam dan sebagainya. Measuring spoon terdapat dalam set plastik, kayu dan besi tahan karat. 





Professional Measuring Spoon 4 Pc Set ini boleh didapati juga di Lazada dengan harga RM 12.60 untuk yang bajet.


4. Antara lain yang diperlukan ialah piping bag dan nozzles. Dua benda ini amat-amat diperlukan bagi menghias atau mendekorasi kek atau cupcake anda nanti. Bagi yang tak mempunyai masa untuk membeli belah dipasar-raya saya cadangkan anda membeli home perfect piping bag yang berharga RM7.90 untuk tiga set Nozzle. 


Ada banyak lagi senarai alatan yang ingin saya senaraikan disini, tapi cukup setakat ini dahulu untuk yang asas sahaja..nanti ada kesempatan saya akan sambung balik..InsyaAllah





Sunday, September 14, 2014

Cara Mudah Membuat Cupcakes Kukus


Assalamualaikum dan selamat bercuti sempena musim persekolahan ini. Apa kata sambil sambil duduk rumah bersama keluarga, kita cuba buat cupcakes kukus yang simple ni..tak perlu oven atau ketuhar..hanya yang perlu bahan-bahan berikut dan alat kukusan..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah;

3 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cwn pun xpe..)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara menyediakannya;

1. Masukkan telur bersama gula halus- kacau hingga kembang
2. Selepas itu, masukkan susu pekat dan kacau hingga sebati
3. Seterusnya, masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder - kesemua bahan ini hendaklah dikacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan minyak.
4. Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau hingga adunan tadi menjadi sebati.

Setelah siap, adunan tersebut bolehlah dimasukkan ke dalam cawan cupcakes dan mulalah mengukus.(lebih kurang 20 minit)

Selamat mencuba!.

Thursday, August 21, 2014

Tips Gubahan Bunga Cupcakes


Assalamualaikum dan salam Takziah kepada waris Mangsa MH17, Bertemu kembali dalam siri belajar membuat cupcakes. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai gubahan cupcakes yang menarik sesuai untuk majlis-majlis perayaaan, harijadi mahupun majlis perkahwinan.


Apa yang diperlukan ialah pasu bunga yang bercorak, span , cupcakes, piping bag, tisu hijau, pencungkil gigi dan frosting untuk hiasan kek.



Langkah pertama; cucuk pencungkil gigi pada span yang diletakan pada pasu bunga tadi, kemudian lekatkan cupcakes yang telah dihias dengan frosting.


Langkah kedua; Gunting tisu kepada beberapa kepingan kecil, kemudian lipat agar jadi seperti gambarajah yang berikut.


Langkah ketiga; Selitkan tisu yang telah dilipat tadi pada gubahan cupcakes agar jadi seperti berikut









Sunday, August 10, 2014

Valentine Heart Cupcakes


Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi resipi Valentine Cupcakes yang disediakan oleh chef tersohor Ann Nicol dalam buku beliau Cupcakes and Muffins..Buku ini saya beli semasa saya jalan-jalan ke The Curve Damansara.

Bahan-bahan yang diperlukan 

150g butter, dicairkan dalam suhu bilik
150g gula castor
3 biji telur saiz sederhana
1 sudu kecil esen vanilla
150g tepung naik sendiri
2 sudu besar susu
1/2 sudu kecil baking powder

Untuk Hiasan 

pewarna pink dan merah
225 g sugar paste - boleh didapati dikedai kek / anda boleh buatnya sendiri
gula ising 
Cream cheese frosting untuk topping


Cara Menyediakannya Cupcakes

1- Panaskan oven pada suhu 180 darjah C, 
2- Masukkan butter, gula, telur, vanilla, susu dalam bekas mixer - kemudian masukkan tepung dan baking powder . Pukul selama 2 minit sehingga adunan tadi menjadi sebati dan gebu.
3- Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam bekas cupcakes yang telah disusun dalam tray / bikar. Perhatian ! jangan isi terlalu penuh
4. Bakar sehingga ia bertukar warna keemasan. Gunakan lidi untuk menentukan ianya masak atau tidak.


Cara untuk menghias Cupcakes anda

1. Warnakan sugarpaste anda dengan 1/3 warna pink, 1/3 warna merah dan satu pertiga dibiarkan warna putih.

2. gunakan acuan hati untuk membentuk sugarpaste anda, kemudian tabur gula ising ke atas sugarpaste tadi..

3. Warnakan cream cheese anda dengan warna pink / atau warna kegemaran anda - kemudian masukkan dalam piping bag..gunakan nozzle berbentuk bintang dan mula menghias.





Friday, August 1, 2014

Resepi Cupcake Pisang


Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, agak lama saya tak update blog cupcakes saya ini, maklumlah sibuk ngan raya..Walauapapun saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi satu Resepi Cupcakes yang menjadi Juadah diAidilfitri..

Resepi cupcake yang saya maksudkan ini adalah cupcake Pisang..walaupun nampak simple dan ringkas namun ia sangat disukai oleh tetamu yang berkunjung. Antara bahan yang diperlukan untuk menyediakan cupcake ini (12 biji )

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 sudu kecil sebuk penaik (baking powder)
1/4 sudu kecil baking soda
3 biji pisang yang masak
1/3 cawan mentega yang telah dicairkan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil ..esen vanilla

Cara-cara menyediakannya
  1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celsius
  2. Ayak tepung, baking soda, serbuk penaik dan garam
  3. Dalam mangkuk besar, satukan telur, gula, esen vanila, pisang dan vanila yang telah dicairkan.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati.
  5. Kaut adunan ke dalam acuan muffin menggunakan sudu atau scoop ais krim.

Tuesday, July 15, 2014

Panduan 101 Resepi Kuih Raya


Assalamualaikum dan salam Ramadhan, Di sini saya ingin berkongsi satu e-book resepi kuih Raya oleh Nor Fatin Nadiah yang mana buku ini memberi panduan bagaimana untuk menghasilkan kuih raya anda sendiri tanpa perlu berbelanja besar.

Buku panduan ini disediakan bagi membantu suri-suri rumah dan anda yang ingin menghasilkan sendiri biskut tanpa perlu ke pasar-pasar raya untuk membeli biskut kegemaran anda.e-book ini ditulis dalam bahasa Malaysia yang senang difahami serta mengumpulkan 101 jenis kuih raya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, Sila layari http://resepikuihraya.com/ashadee

Monday, July 14, 2014

Chocolate Fudge Cupcakes


Assalamualaikum dan selamat berkunjung ke blog todayscupcake. Menjelang beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan bagi suri rumah pastinya tercari-cari resepi biskut atau kek yang ingin disediakan menjelang hari raya nanti. Pastinya Cupcakes akan menjadi menu utama sempena Perayaan nanti.

Kek cawan atau cupcakes sememang digemari oleh kanak-kanak kerana rasanya yang enak dan bentuknya menarik. Hari ini saya ingin berkongsi resepi Chocolate Fudge Cupcakes yang lazat. Penyediaan bahan untuk cupcake ini amat ringkas dan senang!..
Menjelang hari raya yang bakal tiba, 

Bahan-bahan yang diperlukan;


500 gram tepung serbaguna

630gram gula kastor
300 gram mentega
100 gram serbuk koko
15 gram soda bikarbonat
7 biji telur
300 ml susu segar
250 ml krim putar

Cara menyediakannya


1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang

2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati
3. Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk koko dan soda bikarbonat- masukkan sedikit demi sedikit
4. Selepas itu masukkan susu segar dan krim putar.Pukul rata dan tuang ke dalam cawan cupcakes.
5. Bakar pada suhu 180 oC selama 45 minit.

Hias mengikut kreativiti anda..

Wednesday, June 11, 2014

Cupcakes Lavender dengan Honey Cream Frosting



Lavender merupakan bungaan yang menarik dan wangi. Sekiranya anda berkunjung ke Cameroon Highland anda akan dapat melihat keindahan bunga lavender ini. Kali ini saya akan berkongsi resepi Cupcake Lavender yang sememangnya Lazat dan Menarik.

Bahan-bahan untuk cupcakes


2 1/2 cawan tepung serbaguna

1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan butter
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1/4 cawan madu
1 sudu kecil vanilla
2/3 cawan susu
2 sudu kecil ( lavender kering )


Cara-cara menyediakannya


1 .  Panaskan oven ke suhu 350 degrees. Dalam bekas mixer-pukul butter dengan mixer (kelajuan sederhana) selama 30 saat. Masukkan gula, madu, dan vanilla. Pukul dengan sebati.


2. Kemudian masukkan telur satu persatu..gaulkan hingga rata. Selepas itu, masukkan tepung serbaguna, susu - pukul dalam kelajuan sederhana sehingga sebati.


3. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam cawan cupcake, isi jangan terlampau penuh kerana cupcake akan kembang. Bakar selama 10-12 minit. 



Bahan untuk Frosting

2/3 cawan cream cheese
3 sudu besar butter
1/4 cawan madu
1/2 sudu kecil vanilla - ikut citarasa anda
3 cawan sugar powder.

Cara menyediakan frosting

1. Pukul cream cheese, butter, madu dan vanilla sehingga gebu. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit - pukul sehingga sebati.

2. Panaskan selama 10 saat dalam microwave untuk melembutkan adunan..






Sunday, June 8, 2014

Teknik Mudah Dekorasi Cupcakes


Sebelum anda mempelajari teknik mendekorasi cupcakes, anda terlebih dahulu perlu mempunyai peralatan yang diperlukan untuk menghias cupcakes, antaranya piping bag, frosting , piping tips dan sedikit kemahiran. Anda boleh mempelajarinya dengan sedikit pembacaan, melayari blog-blog cakes / cupcakes atau dengan menonton teknik mendekorasi di youtube. 




Bagi yang baru bermula untuk menceburi dalam dunia cupcake ini, anda seharusnya bermula dari basic atau asas lagi dan jangan takut untuk mencuba dan terus mencuba ..

Pertama; Bagi menghias atau mendekorasi cupcake, anda perlu peralatan yang sesuai dan betul. Antara jenis dan peralatan yang khusus untuk menghias cupcake ialah piping bag, posting, piping tips/ nozzle. Bagi anda yang ingin mendapatkan peralatan ini ..bolehlah melayari http://www.lazada.com.my/home-perfect-piping-bag-with-3-heads-501396.html


Kedua; Sekiranya anda inginkan cupcakes kelihatan menarik dan hebat, anda boleh gunakan buahan segar sebagai topping, coklat bar (dipotong), tag , Ganache , sugar cages, cookies dan sebagainya.



"cookies topping"

"cupcakes-tags"



"strawberry topping"

Ketiga; Gunakan Fondant, Icing, Sugar paste dan gum paste. Kini anda boleh mendapatkan bahan-bahan berikut dengan mudah dipasaran, tak perlu lagi bersusah-susah untuk menghasilkan sendiri. Saya cadangkan anda menggunakan fondant untuk hiasan cupcake anda.

Fondant atau Rolled Fondant sering juga disebut dengan plastik icing atau sugar paste.
Fondant adalah bahan untuk dekorasi kek yang elastik yang mudah untuk dibentuk sesuai dengan keinginan dan dekorasi sesuatu kek untuk tampil lebih kemas dan menarik.
Kebiasannya fondant digunakan untuk menutupi atau meng-cover kek atau membuat hiasan renda, riben, bunga atau pun untuk meletakkan abjad  pada kek.


Saturday, May 17, 2014

Belajar Buat Cupcake Oreo



Cupcakes Oreo kopi amat mudah disediakan Dan digemari Oleh kanak-kanak. Bahan-bahan untuk menyediakan mudah diperolehi Dan tidak begitu mahal. Cupcakes Oreo ini amat sesuai dijadikan hidangan makan petang.<\span>

Bahan-bahan

200 gram mentega<\span>
200 gula kastor
4 biji telur
200 gram tepung naik sendiri
1 sudu Serbuk kopi
3 sudu Serbuk biskut Oreo.

Cara menyediakannya

1. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius. Dalam bekas pengisar- masukkan mentega dan gula, putarkan hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji,kemudian masukkan tepung naik sendiri-sedikit demi sedikit.
3. Selepas itu, baru masukkan serbuk oreo dan kopi.

Bakar selama 15-20 minit, biarkan sejuk seketika sebelum disapu buttercream.

Sunday, March 30, 2014

Strawberi Cupcakes Putar




Buah Strawberry sememangnya sangat digemari oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa, kerana rasanya yang manis dan lazat..keunikkan warnanya menjadi tarikan sesiapa sahaja yang melihatnya. Oleh sebab itu buah Strawberry banyak dijadikan jem, kek, aiskrim dan sebagainya. Hari ini, apa kata, kita cuba resepi Cupcakes Strawberry..



Bahan-bahan yang diperlukan untuk cupcakes;

125gram gula caster
125gram soft magarine
2 biji telur saiz sederhana
125 gram tepung naik sendiri ( serbaguna )
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar Jem Strawberi

Bahan-bahan untuk hiasan;

50 gram unsalted butter - dibiarkan dalam suhu bilik
300 gram gula ising- diayak
125 gram cream cheese
1 sudu besar Jem Strawberi
Sedikit pewarna pink 

Cara-cara menyediakannya

1. Panaskan oven dalam suhu 190c. Susun cawan cupcakes dalam tray..

2. Masukkan bahan-bahan cupcakes dalam bekas besar (bowl) dan pukul mengunakan mixer- pukul selama     2-3 minit, sehingga bahan-bahan tersebut sebati.

3. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam cawan cupcakes..(isi adunan jangan terlampau penuh )

4. Kemudian masukkan 1/2 sudu kecil jem strawberi dalam adunan tersebut - kacau sedikit.

5. Bakar selama 15 minit..biarkan sejuk seketika sebelum disapu dengan frosting.

Cara-cara menyediakan frosting

1. Pukul butter sehingga lembut, kemudian masukkan gula ising sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi ringan dan gebu..

2. Masukkan cream cheese dan kacau sehingga gebu - gunakkan mixer dalam kelajuan sederhana.

3. Bahagikan adunan kepada dua. Satu adunan dicampurkan dengan Jem Strawberi dan perwarna pink, dan satu adunan lagi dibiarkan dalam keadaan asal.

* masukan adunan dalam piping bag. 1 bhg sebelah kanan dan 1 bhg lagi sebelah kiri..dan mula  memicit ke atas cupcakes..untuk hasil yang menarik!!

Wednesday, March 19, 2014

Banana Cupcakes @ Cupcakes Pisang



Bahan-bahan yang diperlukan;

175gram Pisang - dilenyek

125 gram Soft Margarine
75 gram Gula Caster ( brown sugar )
1 sudu susu segar
2 biji telur - saiz sederhana
225 gram tepung serbaguna
1 sudu makan baking powder
1/2 sudu kecil garam

Hiasan

125gram golden icing sugar / buttermilk



Cara-cara menyediakannya


1. Panaskan oven pada suhu 180 c. Sementara tunggu oven panas, susun cawan cupcakes

2. Kupas kulit pisang dan lenyek dalam bekas yg besar, kemudian masukkan majerin, gula, susu dan telur. Selepas itu ayak tepung dan baking powder- pukul kesemua bahan ini sehingga sebati ( lebih kurang 2-3 minit)
3. Bakar selama 25-30 minit. biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum letak icing.



Thursday, March 13, 2014

Resepi Cupcakes Harijadi


Kanak-kanak sememangnya gemarkan cupcakes yang beraneka rupa dan gaya, terutamanya di Majlis harijadi. Untuk menghasilkan cupcakes sememangnya amat senang dan mudah. Ikuti panduan mudah untuk menyediakan cupcakes untuk harijadi anak anda..

Bahan-bahan untuk cupcakes;

110g butter- dicairkan dalam suhu bilik
110g gula caster
110g tepung serbaguna
2 sudu kecil baking powder
¼ sudu kecil garam
2 biji telur saiz sederhana
1 sudu kecil perisa vanilla 

Cara-cara menyediakannya

1. Panaskan oven pada suhu 180C/350F. Sementara tunggu oven panas, bolehlah susun          cawan cupcakes mini.
 2. Masukkan butter dan gula dalam bekas dan pukul sehingga ianya gebu.
 3. Dalam bekas lain - ayak tepung, baking powder dan garam.
 4. Dalam adunan pertama tadi- masukan tepung yang telah diayak tadi - kacau hingga rata
 5. Kemudian masukkan telur dan vanilla - pukul sehingga ianya sebati. 
 6. Masukkan adunan ke dalam cawan cupcake bakar sehingga 20 minit.


Untuk topping anda boleh menggunakan buttercream ising

  1. Untuk Buttercream biasa - pukul 110g butter sehingga gebu dan pukul 110g gula ising.
  2. Vanilla buttercream - cuma tambah setengah sudu kecil extract vanilla dan pukul sehingga sebati.
  3. Untuk lemon buttercream - cuma tambah jus lemon - 1-3 sudu
  4. Bagi coklat buttercream ising - pukul 1/4 vanilla, 60 g coklat cair dan 2 sudu koko powder..
Selamat mencuba!

Tuesday, February 18, 2014

Resepi Butter Scotch Cupcake Dengan Caramel Frosting


Berikut adalah panduan bagi menghasilkan cupcake Butter Scotch dengan frosting caramel yang enak.

Bahan-bahan untuk cupcake

2 1/3 cawan tepung serbaguna
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan butter- dibiarkan dalam suhu bilik
1 cawan gula
3 biji telur
2 sudu kecil vanilla
2/3 cawan susu segar
3/4 cawan butterscotch chips - dicincang

Bahan-bahan untuk caramel

1/2 cawan butter
1 cawan - gula perang
1/4 cawan susu
3 1/2 cawan powdered sugar( gula ising )

Cara menyediakan cupcakes

1. Panaskan oven pada suhu 350 darjah. Sediakan cawan cupcake
2. Dalam bekas (saiz sederhana) - masukkan tepung serbaguna, baking powder dan garam - gaul biar sebati.
3 Di dalam bekas mixer - pukul butter selama 30 saat dengan kelajuan sederhana, kemudian masukkan gula
4. Masukkan esen vanilla, adunan tepung dan susu - pukul sehingga adunan tersebut sebati.
5. Selepas itu masukkan butterscotch chip- kacau dengan senduk kayu.

* masukkan adunan yang telah siap ke dalam cawan cupcakes (3/4 bahagian)

Cara Menyediakan Caramel 

1. Panaskan gula dengan menggunakan kuali yg tidak melekat - dengan api yang sederhana - alihkan
2. Kemudian masukkan butter , susu dan gula ising - kacau sehingga sebati.


Thursday, February 6, 2014

Resepi Magnolia Vanilla Cupcake


Selamat Datang ke todayscupcake, blog resepi cupcake terkini dan popular. Kali ini saya akan berkongsi satu lagi resepi cupcakes yang amat digemari di food Network..iaitu Magnolia Vanilla Cupcakes. Ikuti panduan bagaimana menghasilkan cupcake dengan teliti.

Bahan-bahan untuk cupcake

1 1/2 cawan tepung naik sediri
1 1/4 cawan tepung serbaguna
1 cawan (unsalted) butter - dibiarkan dalam suhu bilik
2 cawan gula pasir
4 biji telur (gred A)
1 cawan susu
1 sudu teh perisa vanilla

Icing ( Vanilla butter cream )

1 cawan ( unsalted ) butter - dibiarkan dalam suhu bilik
6-8 cawan gula icing ( icing sugar )
1/2 cawan susu 
2 sudu teh perisa vanilla


Cara menyediakannya

1.Panaskan oven pada suhu 350 darjah - sementara tunggu oven panas, susun cawan cupcakes.
2. Dalam bekas kecil - satukan tepung naik sendiri dan tepung serbaguna
3. Kemudian dalam bekas lain - masukkan butter - pukul dengan mixer dalam kelajuan sederhana sehingga lembut  dan masukkan gula sikit-sikit - pukul lagi sehingga gebu.
4. Selepas itu masukkan telur satu persatu - pukul sehingga sebati. 
5. Masukkan susu dan perisa vanilla - gaulkan dengan mengunakan senduk  - pastikan semua adunan tadi benar-benar sebati.
6. Sekarang masukkan adunan -cupcake anda ke dalam cawan cupcakes dan bakar selama 20-25 minit. 

biarkan ia sejuk seketika sebelum sapu buttercream.