Pelajari Cara Membuat Cupcake anda di sini!

Friday, January 31, 2014

Resepi Carrot Cupcake



Hari ini saya akan berkongsi resepi Carrot Cupcake, resepi ini saya perolehi dari food network channel..cupcake carrot amat berkhasiat kerana mengandungi serat yang amat tinggi dan baik untuk kesihatan.

Bahan-bahan untuk cupcakes

1 1/4 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan almond - dicincang
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sudu kecil ginger
1/4 sudu kecil rempah
1 1/2 cawan carrot - diparut
2/3 cawan minyak sayur
1 cawan gula pasir
3 biji telur
1 sudu kecil perisa vanilla

Bahan-bahan untuk frosting

2 1/2 cawan gula pasir
8 ounces cream cheese - dibiarkan dalam suhu bilik
2 sudu unsalted butter - dibiarkan dalam suhu bilik
1 sudu kecil lemon jus
1/4 extract almond


Cara-cara menyediakannya

1. Panaskan oven pada suhu 250 darjah.

2. Masukkan tepung serbaguna, almond, baking powder, baking soda, garam, serbuk kayu manis, serbuk halia dan rempah kedalam bekas mixer-pukul sehingga sebati.

3. Masukkan carot parut, minyak sayur, gula pasir, telur dan vanilla dalam bekas besar - pukul sehingga ianya sebati.

4.  Setelah itu satukan dalam adunan yang pertama - pukul sehingga kedua-dua adunan tadi sebati. sementara itu, boleh susun cawan cupcake dalam bekas (tray) - bakar selama 10-15 minit. 
5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum - letak frosting

Tuesday, January 7, 2014

Peralatan Asas Untuk Membuat Cupcakes



Assalamualaikum, Todayscupcake mengucapkan Selamat Tahun Baru 1435 M / 2014, Semoga tahun baru ini memberi keberkatan dan rezeki yang berlipat ganda. Bagi yang ingin mempelajari teknik dan cara membuat cupcakes bolehlah mempelajari nya di sini  atau membeli buku-buku berkaitan dengan cupcakes, DVD dan yang terlebih baik..pergi belajar dengan yang pakar.


Sebelum kita mempelajari cara dan teknik membuat cupcake, terlebih dahulu kita mesti mengenali peralatan-peralatan yang digunakan dalam proses membuat cupcakes, antaranya;


1.Trays dan Cases 



Metal Muffin Trays




Silicone Muffin Trays and cupcakes cases



" Mini muffin trays "



" Paper Cases "

2. Equipment and Utensils for baking 



" Electric Mixers and Mixing Bowls "



  " Wooden Spoon "




 " Measuring Spoons "


" Pastry Brush "



" Palette Knives "




" Piping Bags and Nozzles "


Banyak lagi Peralatan yang digunakan dalam menghasilkan cupcakes, namun saya sempat senaraikan yang asasnya sahaja. Semua peralatan ini boleh didapati di Pasar Raya berdekatan dengan anda, atau anda boleh order secara online.






Friday, January 3, 2014

Resepi Black Forest Cupcakes


Resepi Black Forest Cupcakes ini disediakan untuk 12 Biji Cupcakes saiz besar atau 24 biji cupcakes mini.
Bahan-bahan untuk Cupcakes;
40g (1.5 oz) Minyar jagung (corn oil)
10g (0.4 oz) Koko powder
70g (2.5 oz) Dark Chocolate
45ml Air
40g (1.5 oz) Tepung Naik Sendiri
3 biji telur kuning
3 biji telur putih
30g (1 oz) gula caster
1/2 sudu makan cream of tartar
1 tin Cherry Pie Filling
Buah Cherry
Whipping cream
Cara-cara Menyediakannya
1. Panaskan oven ke suhu 180C (356F) , sementara tunggu oven panas- susun cawan cupcakes dalam tray.
2. Panaskan minyak jagung kemudian pindahkan dari api - masukkan koko powder dan coklat, kacau sehingga ianya cair.
3. Masukkan air, tepung dan telur kuning - kacu sehingga ianya sebati.
4. Pukul telur putih bersama cream of tartar (pastikan ada tanda halal bagi muslim) dan gula dalam bekas mixer - pukul sehingga gebu.
5. Masukkan bahan yang pertama ke dalam adunan tadi - pukul sehingga sebati.
6. Kemudian masukkan adunan cupcakes ke dalam bekas / cawan cupcakes yang telah disusun tadi. Bakar selama 25 minit.

Sejukkan terlebih dahulu sebelum disapu dengan whipping cream dan hias dengan buah ceri.
Selamat mencuba!