Pelajari Cara Membuat Cupcake anda di sini!

Jom Bisnes!

Sunday, December 13, 2015

Cara Mudah Buat Cupcake Pelangi



Resepi Rainbow Cupcake atau cupcake pelangi antara resepi yang menarik dan sangat digemari oleh kanak-kanak. Jom terjah ke dapur dan sediakan bahan-bahannya.


Bahan-bahan

1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
1/2  cawan butter > suhu bilik
3/4 cawan gula castor
3 biji telur> ambil yang putih
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan susu segar >suhu bilik


Cara menyediakannya;

1. Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam

2. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 C

3. Sediakan kertas cawan dan susun dalam cupcake tray.

4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .

5. Kemudian masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan>Masukkan esen vanila

6. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar> guna kelajuan sederhana.

7. Sediakan 6 bekas -bahagikan adunan sama rata-Letakkan pewarna (warna biru,merah,kuning,hijau,unggu) dalam setiap bekas dan gaul rata

* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag

Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.