Valentine Heart Cupcakes


Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi resipi Valentine Cupcakes yang disediakan oleh chef tersohor Ann Nicol dalam buku beliau Cupcakes and Muffins..Buku ini saya beli semasa saya jalan-jalan ke The Curve Damansara.

Bahan-bahan yang diperlukan 

150g butter, dicairkan dalam suhu bilik
150g gula castor
3 biji telur saiz sederhana
1 sudu kecil esen vanilla
150g tepung naik sendiri
2 sudu besar susu
1/2 sudu kecil baking powder

Untuk Hiasan 

pewarna pink dan merah
225 g sugar paste - boleh didapati dikedai kek / anda boleh buatnya sendiri
gula ising 
Cream cheese frosting untuk topping


Cara Menyediakannya Cupcakes

1- Panaskan oven pada suhu 180 darjah C, 
2- Masukkan butter, gula, telur, vanilla, susu dalam bekas mixer - kemudian masukkan tepung dan baking powder . Pukul selama 2 minit sehingga adunan tadi menjadi sebati dan gebu.
3- Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam bekas cupcakes yang telah disusun dalam tray / bikar. Perhatian ! jangan isi terlalu penuh
4. Bakar sehingga ia bertukar warna keemasan. Gunakan lidi untuk menentukan ianya masak atau tidak.


Cara untuk menghias Cupcakes anda

1. Warnakan sugarpaste anda dengan 1/3 warna pink, 1/3 warna merah dan satu pertiga dibiarkan warna putih.

2. gunakan acuan hati untuk membentuk sugarpaste anda, kemudian tabur gula ising ke atas sugarpaste tadi..

3. Warnakan cream cheese anda dengan warna pink / atau warna kegemaran anda - kemudian masukkan dalam piping bag..gunakan nozzle berbentuk bintang dan mula menghias.





Comments