Cupcake Buttermilk Coklat #Top10


Cupcake Buttermilk Coklat antara carian popular di Internet dan menjadi pilihan kerana rasanya yang enak dan sesuai menjadi hidangan di Majlis hari jadi atau majlis-majlis keraian.

Jom pelajari cara menyediakan resepi cupcake ini!

Bahan-bahan yang diperlukan:
  •  1/2 cawan butter
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung kek
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1/4 sudu garam
  • 1/2 cawan buttermilk
  • 1/2 cawan air
Untuk Topping / Frosting
  • 1/2 cawan butter-suhu bilik
  • 3-3/4 gula perang
  • 2 sudu susu pekat
  • 2 ounces  coklat cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 sudu teh garam

Cara-cara menyediakannya;

 1. Panas ven (suhu 370°c), sementara tunggu, pukul butter dan gula sehingga gebu. Masukkan telur satu persatu - pukul sehingga sebati.


2. Kemudian masukkan vanilla, tepung kek, baking Soda dan sedikit garam.

3. Masukkan serbuk koko diselang seli dengan buttermilk dan air-pukul sehingga sebati.

4. Setelah itu, bolehlah masukkan adunan tadi ke dalam cawan cupcake ( 2/3 cawan ).

bakar lebih kurang 15-20 minit. 


Untuk Frosting


1.  Pukul butter dan gula ising sehingga gebu. Masukkan coklat (cair), vanilla dan garam.

2. Sedikit coklat parut untuk hiasan

Selamat mencuba!!

Comments