Teknik decorasi cupcake dan kek

Teknik mendekorasi cupcake biasanya menggunakan kaedah memicit (piping method) dianggap yang paling sempoi untuk menghias cupcake anda. Bayangkan, cupcake yang bulat dan montel boleh menjadi sesuatu yang menarik dan tertarik hanya dengan menggunakan alatan dekorasi kek yang ada di pasaran. Terdapat pelbagai jenis nozzle/tips yg pelbagai jenis dan bentuk, khususnya untuk membentuk kelopak bunga, daun, rumput, pokok, bintang, hati dan sebagainya.



Kebiasaan ising yang digunakan untuk membentuk corak atau pattern tersebut biasanya jenis buttercream icing, butter icing dan royal  icing. Selain itu chocolate ganache boleh juga digunakan untuk menghias. Terdapat pelbagai kaedah dalam menghias cupcake/kek dengan menggunakan kaedah ini. Perhatikan video klip di bawah untuk memahami teknik menghias.

Comments