Famous Hokkaido Chiffon Cupcake


Mmmm, Sememangnya cupcake Hokkaido Chiffon antara cupcake yang paling popular dan paling mendapat sambutan, kerana rasanya yang lazat dan teksturnya yang lembut. Pernahkah anda mencuba cupcake ini?..Sekiranya belum, inilah peluang untuk mempelajari bagaimana untuk menghasilkan cupcake ini.

Bahan-bahan A;
3 kuning telur gred A
20 gram gula kastor
35 gram minyak jagung
60ml susu segar
70 gram tepung kek serbaguna

Bahan-bahan B
3 putih telur gred A
25 gram gula kastor
sedikit garam

Bahan-bahan C
65 gram whipping cream
15 gram gula kastor
45 gram puree strawberi

Cara Menyediakannya
  1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 170C, kemudian sediakan bekas untuk cupcake. Dalam bekas lain adunkan kuning telur dan gula kastor, putar sehingga sebati dan pucat dengan menggunakan mixer. Masukkan susu segar, minyak jagung, kacau. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan dan gaul sehingga rata.
  2. Dalam bekas lain Putar putih telur hingga gebu, guna kelajuan sederhana, masukkan gula kastor (25 gram) dan secubit garam. Putar hingga kental (soft peak), jangan sampai terlampau kental. Gaul 1/3 putih telur dalam bancuhan kuning telur, gaul dengan kaedah kaup balik, masukkan baki putih telur dan gaul rata.
  3. Tuang adunan sebanyak 1/3 cawan cupcake. Bakar selama 25-30 minit. Kemudian sejukkannya sebentar baru letak whipping cream. Hias cupcake anda dengan buah strawberi atau apa-apa buah yang sesuai.
*UNTUK WHIPPING CREAM :- Putar whipping cream dengan gula kastor hingga kental. Masukkan puree strawberi dan gaul sehingga rata.

Comments