Pelajari Cara Membuat Cupcake anda di sini!

Friday, January 3, 2014

Resepi Black Forest Cupcakes


Resepi Black Forest Cupcakes ini disediakan untuk 12 Biji Cupcakes saiz besar atau 24 biji cupcakes mini.
Bahan-bahan untuk Cupcakes;
40g (1.5 oz) Minyar jagung (corn oil)
10g (0.4 oz) Koko powder
70g (2.5 oz) Dark Chocolate
45ml Air
40g (1.5 oz) Tepung Naik Sendiri
3 biji telur kuning
3 biji telur putih
30g (1 oz) gula caster
1/2 sudu makan cream of tartar
1 tin Cherry Pie Filling
Buah Cherry
Whipping cream
Cara-cara Menyediakannya
1. Panaskan oven ke suhu 180C (356F) , sementara tunggu oven panas- susun cawan cupcakes dalam tray.
2. Panaskan minyak jagung kemudian pindahkan dari api - masukkan koko powder dan coklat, kacau sehingga ianya cair.
3. Masukkan air, tepung dan telur kuning - kacu sehingga ianya sebati.
4. Pukul telur putih bersama cream of tartar (pastikan ada tanda halal bagi muslim) dan gula dalam bekas mixer - pukul sehingga gebu.
5. Masukkan bahan yang pertama ke dalam adunan tadi - pukul sehingga sebati.
6. Kemudian masukkan adunan cupcakes ke dalam bekas / cawan cupcakes yang telah disusun tadi. Bakar selama 25 minit.

Sejukkan terlebih dahulu sebelum disapu dengan whipping cream dan hias dengan buah ceri.
Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment