Resepi Carrot Cupcake



Hari ini saya akan berkongsi resepi Carrot Cupcake, resepi ini saya perolehi dari food network channel..cupcake carrot amat berkhasiat kerana mengandungi serat yang amat tinggi dan baik untuk kesihatan.

Bahan-bahan untuk cupcakes

1 1/4 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan almond - dicincang
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sudu kecil ginger
1/4 sudu kecil rempah
1 1/2 cawan carrot - diparut
2/3 cawan minyak sayur
1 cawan gula pasir
3 biji telur
1 sudu kecil perisa vanilla

Bahan-bahan untuk frosting

2 1/2 cawan gula pasir
8 ounces cream cheese - dibiarkan dalam suhu bilik
2 sudu unsalted butter - dibiarkan dalam suhu bilik
1 sudu kecil lemon jus
1/4 extract almond


Cara-cara menyediakannya

1. Panaskan oven pada suhu 250 darjah.

2. Masukkan tepung serbaguna, almond, baking powder, baking soda, garam, serbuk kayu manis, serbuk halia dan rempah kedalam bekas mixer-pukul sehingga sebati.

3. Masukkan carot parut, minyak sayur, gula pasir, telur dan vanilla dalam bekas besar - pukul sehingga ianya sebati.

4.  Setelah itu satukan dalam adunan yang pertama - pukul sehingga kedua-dua adunan tadi sebati. sementara itu, boleh susun cawan cupcake dalam bekas (tray) - bakar selama 10-15 minit. 
5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum - letak frosting

Comments