Resepi Butter Scotch Cupcake Dengan Caramel Frosting


Berikut adalah panduan bagi menghasilkan cupcake Butter Scotch dengan frosting caramel yang enak.

Bahan-bahan untuk cupcake

2 1/3 cawan tepung serbaguna
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan butter- dibiarkan dalam suhu bilik
1 cawan gula
3 biji telur
2 sudu kecil vanilla
2/3 cawan susu segar
3/4 cawan butterscotch chips - dicincang

Bahan-bahan untuk caramel

1/2 cawan butter
1 cawan - gula perang
1/4 cawan susu
3 1/2 cawan powdered sugar( gula ising )

Cara menyediakan cupcakes

1. Panaskan oven pada suhu 350 darjah. Sediakan cawan cupcake
2. Dalam bekas (saiz sederhana) - masukkan tepung serbaguna, baking powder dan garam - gaul biar sebati.
3 Di dalam bekas mixer - pukul butter selama 30 saat dengan kelajuan sederhana, kemudian masukkan gula
4. Masukkan esen vanilla, adunan tepung dan susu - pukul sehingga adunan tersebut sebati.
5. Selepas itu masukkan butterscotch chip- kacau dengan senduk kayu.

* masukkan adunan yang telah siap ke dalam cawan cupcakes (3/4 bahagian)

Cara Menyediakan Caramel 

1. Panaskan gula dengan menggunakan kuali yg tidak melekat - dengan api yang sederhana - alihkan
2. Kemudian masukkan butter , susu dan gula ising - kacau sehingga sebati.


Comments

  1. Telur 3 biji tu, dekat mana saya nak taruk? Telur tu untuk hiasan sahaja ke????!!

    ReplyDelete
  2. macam mana pula nak bikin cupcakes coklat dan dia punya krim coklat

    ReplyDelete

Post a Comment