Bagi penggemar buah durian, saya ingin berkongsi dengan anda cara menyediakan Cupcake Durian yang amat mudah dan ringkas ini. Apa yang diperlukan ialah;
Bahan-bahan
1/2 cawan (113 gram) unsalted butter(disimpan dalam suhu
bilik)
2/3 cawan (130 gram) gula pasir
3 biji telur
1 cawan isi durian
1 1/2 cawan (195 gram) tepung serba guna
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan (60 ml) susu cair
BUTTERCREAM ICING:
2 cawan (230 gram) gula ising - diayak
1/2 cawan (113 gram) unsalted butter-disimpan dalam suhu
bilik
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan susu
Pewarna – kuning / perasa durian
Cara menyediakan Cupcake:
Panaskan oven pada suhu 350 degrees F (177 degrees C) ,
sementara itu susun cawan cupcake (12 cawan)
Pukul butter dan butter sehingga gebu, kemudian masukkan
telur satu persatu- masukkan juga esen vanilla
Dalam bekas lain, masukkan tepung, baking powder dan garam -
gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam adunan yang pertama bersama
susu – pukul dengan kelajuan sederhana.
Adunan yg telah siap diadun bolehlah dimasukkan ke dalam
cawan cupcake tadi.
Bakar selama 17 - 20 minit. Sejukkan seketika sebelum
disalut dengan Buttercream frosting.
Cara menyediakan buttercream Frosting:
Pukul butter dengan hand mixer atau electric mixer sehingga
butter menjadi sebati, masukkan juga esen vanilla dan gula – pukul dengan kelajuan sederhana
Seterusnya masukkan susu – pukul sehingga adunan menjadi
ringan dan gebu. Masukkan pewarna sekiranya anda mahu.
Macam best aje . ☺
ReplyDelete