Cupcake Aiskrim



Cupcake Aiscream atau icecream cupcake antara yang digemari oleh kanak-kanak kerana rasanya yang enak dan lazat..Untuk menyediakan cupcake ini juga tidaklah sukar..apa yang diperlukan ialah cawan aiskrim (permukaan bawah yang rata) dan juga bhn2 yg biasa digunakan untuk membuat cupcake.

Bahan2 yg diperlukan ialah;

1 cawan gula halus
1/2 cawan magerin
2 biji telur
1 sudu teh asen vanilla
1 3/4 cawan tepung serbaguna
2 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu cawan
2/3 cawan susu
24 cawan cone aiscream
 
cara menyediakan

1. Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah celcius
2. Pukul magerin dan gula sehingga sebati - masukkan telur satu persatu (pukul dalam kelajuan
sederhana), kemudian masukkan asen vanila
3. Dalam bekas lain - satukan tepung, baking powder, dan garam- masukkan ke dalam adunan
pertama diselang seli dengan susu.
4. setelah itu masukkan adunan kedalam cawan aiskrim - isi 3/4 cawan ..jgn terlampau penuh
5. Bakar cupcake selama 15-20 minit.


Untuk topping ..bolehlah topping dengan buttercream atau aiscream kegemaran anak anda..

Comments

  1. wow...cantiknya....gebunya...nak cubalah nanti..terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu cup cake....


    Jemput baca cara saya menangani masalah asthma yang saya hadapi

    ReplyDelete
  2. As stated by Stanford Medical, It's really the one and ONLY reason this country's women get to live 10 years more and weigh 19 KG lighter than us.

    (And really, it really has NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING to around "how" they eat.)

    P.S, What I said is "HOW", not "WHAT"...

    TAP this link to discover if this short questionnaire can help you decipher your real weight loss potential

    ReplyDelete

Post a Comment