Cupcake pisang gebu



Bagi anda yang gemarkan pisang ..hari ini saya akan berkongsi rahsia untuk hasilkan Cupcake Pisang yang gebu dan sedap. Untuk hasilkan kek/cupcake pisang yang terbaik, pastikan ramuannya betul-betul ikut sukatan yerr.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum ( diayak bersama 1 sudu kecil soda bikarbonat&1 sudu kecil baking powder)

6-7 biji pisang emas*

3 biji telur (gred A)*

1 cawan minyak masak & 1 sudu teh perisa pisang*

Cara-menyediakannya

Kisar semua bahan yang bertanda * kemudian masukkan ke dalam tepung gandum yang telah diayak dengan soda bikarbonat & baking powder.

kacau sehingga sebati..selepas itu tuang dalam acuan cupcake (jangan terlalu penuh)

bakar dalam ketuhar (suhu 180°c) selama 20 minit..

setelah masak , sejukkan terlebih dahulu sebelum dihias dengan buttercream @ apa2 yang difikirkan sesuai.


Selamat mencuba!














Comments