Muffin Milo@Cupcake Sedap Senang Menyelerakan






Jom cuba resepi cupcake milo, sesuai bagi anda yang gemarkan rasa milo yang sememangnya digemari ramai. Untuk menyediakan cupcake milo ini adalah senang kerana bahannya sedia ada dan memasak mengambil masa sekitar 20-30 minit sahaja.


Bahan-bahan yang diperlukan ialah

A)Bahan-bahan asas

2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk Milo
2 sudu besar serbuk koko
1/4 cawan gula kastor
1/2 sudu kecil garam

B) Bahan-bahan untuk campuran
1 cawan buttermilk
1/2 cawan unsalted butter (115g), cairkan
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla

C)Bahan-bahan untuk topping

1 cawan coklat cip atau coklat cincang kasar

D) cawan kertas


Untuk menyediakan, terlebih dahulu panaskan oven (170°C), kemudian satukan bahan A dalam mangkuk pertama. kemudian kacau, setelah itu masukkan bahan B pula dan kacau..

Akhir sekali masukkan coklat cip..last masukkan dalam cawan kertas (3/4 cawan)
resepi ini untuk 12 cawan cupcake saiz L,XL


Bakar selama 20-30 minit dalam oven


selamat mencuba!!

Comments