Pelajari Cara Membuat Cupcake anda di sini!

Tuesday, February 18, 2014

Resepi Butter Scotch Cupcake Dengan Caramel Frosting


Berikut adalah panduan bagi menghasilkan cupcake Butter Scotch dengan frosting caramel yang enak.

Bahan-bahan untuk cupcake

2 1/3 cawan tepung serbaguna
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan butter- dibiarkan dalam suhu bilik
1 cawan gula
3 biji telur
2 sudu kecil vanilla
2/3 cawan susu segar
3/4 cawan butterscotch chips - dicincang

Bahan-bahan untuk caramel

1/2 cawan butter
1 cawan - gula perang
1/4 cawan susu
3 1/2 cawan powdered sugar( gula ising )

Cara menyediakan cupcakes

1. Panaskan oven pada suhu 350 darjah. Sediakan cawan cupcake
2. Dalam bekas (saiz sederhana) - masukkan tepung serbaguna, baking powder dan garam - gaul biar sebati.
3 Di dalam bekas mixer - pukul butter selama 30 saat dengan kelajuan sederhana, kemudian masukkan gula
4. Masukkan esen vanilla, adunan tepung dan susu - pukul sehingga adunan tersebut sebati.
5. Selepas itu masukkan butterscotch chip- kacau dengan senduk kayu.

* masukkan adunan yang telah siap ke dalam cawan cupcakes (3/4 bahagian)

Cara Menyediakan Caramel 

1. Panaskan gula dengan menggunakan kuali yg tidak melekat - dengan api yang sederhana - alihkan
2. Kemudian masukkan butter , susu dan gula ising - kacau sehingga sebati.


Thursday, February 6, 2014

Resepi Magnolia Vanilla Cupcake


Selamat Datang ke todayscupcake, blog resepi cupcake terkini dan popular. Kali ini saya akan berkongsi satu lagi resepi cupcakes yang amat digemari di food Network..iaitu Magnolia Vanilla Cupcakes. Ikuti panduan bagaimana menghasilkan cupcake dengan teliti.

Bahan-bahan untuk cupcake

1 1/2 cawan tepung naik sediri
1 1/4 cawan tepung serbaguna
1 cawan (unsalted) butter - dibiarkan dalam suhu bilik
2 cawan gula pasir
4 biji telur (gred A)
1 cawan susu
1 sudu teh perisa vanilla

Icing ( Vanilla butter cream )

1 cawan ( unsalted ) butter - dibiarkan dalam suhu bilik
6-8 cawan gula icing ( icing sugar )
1/2 cawan susu 
2 sudu teh perisa vanilla


Cara menyediakannya

1.Panaskan oven pada suhu 350 darjah - sementara tunggu oven panas, susun cawan cupcakes.
2. Dalam bekas kecil - satukan tepung naik sendiri dan tepung serbaguna
3. Kemudian dalam bekas lain - masukkan butter - pukul dengan mixer dalam kelajuan sederhana sehingga lembut  dan masukkan gula sikit-sikit - pukul lagi sehingga gebu.
4. Selepas itu masukkan telur satu persatu - pukul sehingga sebati. 
5. Masukkan susu dan perisa vanilla - gaulkan dengan mengunakan senduk  - pastikan semua adunan tadi benar-benar sebati.
6. Sekarang masukkan adunan -cupcake anda ke dalam cawan cupcakes dan bakar selama 20-25 minit. 

biarkan ia sejuk seketika sebelum sapu buttercream.

Saturday, February 1, 2014

LEMON CUPCAKE RESEPI



Bahan-bahan untuk cupcakes

113gm butter
200gm gula kastor
1 sudu teh perisa lemon
2 biji telur
250 gm tepung serbaguna- diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)-diayak
240ml buttermilk
1 sudu teh cuka ( distrilled vinegar)
1 sudu teh serbuk penaik


Krim Keju lemon
250 gm krim keju
100gm gula ising
1 sudu makan butter
1 suduf teh perisa lemon

Cara Menyediakannya

1. Pukul butter bersama gula kastor hingga sebati
2. kemudian masukkan telur dan sedikit perisa lemon- pukul lagi hingga sebati.
3 Masukkan tepung serbaguna selang-seli dengan buttermilk. kacau sehingga rata.
4. Dalam bekas lain satukan serbuk penaik bersama cuka dan kacau rata.
5. Masukkan ke dalam adunan terdahulu dan kacau sehingga sebati.
6. Tuang ke dalam cawan cupcakes dan bakar pada suhu 170 darjah selama 20-25 minit

bagi menyediakan krim keju, pukul keju hingga lembut kemudian masukkan gula ising, mentega, dan perisa lemon-kacau dengan perlahan.